Insan Normal

Insan Normal

Saturday 16 November 2013

Rindu??

Assalamualaikum w.b.t


Rindu?? Ape itu rindu?? "Macam takde tajuk lain je nak ditulis Sapik nie kan"..haha
Eh, biar lah Sapik nak tulis ape pun, blog Sapik kan..hehe. Actually Sapik  nak cerita sikit berkenaan dengan perasaan rindu nie.. 

Rindu??

OK, rindu menurut para ulama ialah sesuatu perkara yang berlaku kerana terlalu mencintai seseorang. Maka kadang2 rindu dibaluti dengan sikap berhati-hati. Kadang2 ada juga yang terlalu berlebih-lebihan dalam menterjemahkan kalimah rindu sehingga melangkaui batas yang ditetapkan oleh syarak. 

Rindu seperti apa yg kita ketahui, ialah perkara yang berlaku selepas hadirnya cinta. Maksudnya, bila cinta mekar maka rindu akan hadir secara tidak langsung. Rindu juga adalah merupakan suatu perasaan yang lahir dari hati yang mana kita tak ade kuasa untuk menghalangnya.




Cara yang terbaik bila setiap kali rasa rindu itu hadir dalam diri kita, DOAkanlah insan yang kita ingat itu mampu hidup bahagia walaupun tanpa kehadiran kita. Logiknya, bila kita mengharapkan perkara baik-baik berlaku pada orang berkenaan. Bererti kita betul-betul sudah mampu percaya segala yang berlaku adalah ketentuan Allah yang tidak pernah dengan tujuan menganiaya. Tak pernah. Melainkan segala yang di atur adalah aturan terbaik untuk semua pihak.

Sapik pernah terbaca jugak dalam sebuah buku, menurut Syeikh al-Qadhi Muhammad Ahmad Kan’an, "seorang perindu yang benar-benar menjaga dan menyembunyikan perasaan tersebut daripada pengetahuan orang lain akan mendapat pahala dan ganjaran di atas mujahadah yang dilakukannya."  



So, secara konklusinya, *cehh.. bukanlah semua rindu itu sesuatu yang tidak baik dan menjijikkan. Kerana rindu yang dihiasi dengan iman dan taqwa akan melahirkan sesuatu kesan yang terbaik bagi si perindu. Yang penting, perasaan rindu yang lahir pada diri kita tu perlulah diluahkan dengan cara yang betul mengikut lunas2 Islam. Jangan disalah gunakan perasaan tu, kerna ia adalah anugerah Allah pada setiap insan. :)


Wassalam.. 

No comments:

Post a Comment