Insan Normal

Insan Normal

Tuesday 26 November 2013

Penyesalan atau Pengajaran? :')

Assalamualaikum w.b.t


Hye, jumpe lagi.. Harap pembaca entri ni diberi kesihatan yang baik dengan izinNya.. In Shaa Allah. Actually Sapik tak tau nak tulis ape kali nie

Ermm... 

"Seriously, I'm feeling very bad today... Rasa jahat sangat diri nie. Sedih, bersalah, & bermacam- macam perasaan yg bercampur baur ketika ni."

Pernah tak korang rase perasaan yg cmnie? Mesti pernah kan? Sebab? 1001 sebab yang boleh buat timbul perasaan yang cmtu pada diri kita. Antaranya, bila kita wat something kesalahan or benda yang kita rasa ley datangkan kesan buruk kat kita. Biasanya jugak, kita takkan perasan atas kelakuan/pebuatan yang kita buat tu boleh/akan mengakibatkan/ memberi natijah yang buruk pada diri kita kelak. Kadang2 dah buat, baru kita sedar yang perbuatan tu akan memberi efek buat kita. Untung la if sedar. Kalau tak sedar, sampai bile pon akan tetap ulang benda yang sama.. Allahu :'(

Dalam hidup kita nie, mungkin kata2 penyesalan sudah lagi tidak asing lagi dengan telinga kita. Sama ada baik penyesalan dalam urusan cinta, keluarga, diri, kelakuan atau sebagainya.. Sebab apa Sapik kata tidak asing? Sebab biasanya manusia ni sentiasa melakukan kesilapan. Selalu melakukan kesalahan yang sama.. Sampai suatu masa, bile dah rasa akibat atas perbuatannya tu, baru dia betul2 menyesal..

Perlu diingat, syaitan jugak x pernah berhenti untuk hasut kita untuk ulang & buat kesalahan yang sama. Sampai masa, syaitan tu yang gelak guling2 bila tengok kita terpedaya dengan hasutannya. 

Sabda Nabi S.A.W: 
"Sesungguhnya syaitan hadir disisi seorang kalian pada sesuatu yang kalian lakukan." - (HR Muslim)


Biasanya, itulah tanda Allah nak uji hambaNya. Adakah dia sedar apa yang dia buat itu salah? Memang setiap manusia tak lari dari kesilapan. Tapi, itu bukanlah tiket untuk kita terus menerus buat dengan silap yang sama...
 - 

So, haruslah diingat bahwa penyesalan adalah awal menuju hidup baru yang lebih baik. Teringat dengan kata2 hikmah dari seseorang, “Tanpa kesalahan yang tidak di sengaja, proses kedewasaan diri tidak akan sempurna, kerana penyesalan adalah guru yang sangat berharga buat kita”.



Kadang2 orang ni takkan sedar selagi  'bad effect' tu tak kena pada diri mereka.. 
Apepun, biarlah ia menjadi suatu pengajaran yang berharga bagi tiap seseorang.


Wassalam..

 



Saturday 16 November 2013

Rindu??

Assalamualaikum w.b.t


Rindu?? Ape itu rindu?? "Macam takde tajuk lain je nak ditulis Sapik nie kan"..haha
Eh, biar lah Sapik nak tulis ape pun, blog Sapik kan..hehe. Actually Sapik  nak cerita sikit berkenaan dengan perasaan rindu nie.. 

Rindu??

OK, rindu menurut para ulama ialah sesuatu perkara yang berlaku kerana terlalu mencintai seseorang. Maka kadang2 rindu dibaluti dengan sikap berhati-hati. Kadang2 ada juga yang terlalu berlebih-lebihan dalam menterjemahkan kalimah rindu sehingga melangkaui batas yang ditetapkan oleh syarak. 

Rindu seperti apa yg kita ketahui, ialah perkara yang berlaku selepas hadirnya cinta. Maksudnya, bila cinta mekar maka rindu akan hadir secara tidak langsung. Rindu juga adalah merupakan suatu perasaan yang lahir dari hati yang mana kita tak ade kuasa untuk menghalangnya.




Cara yang terbaik bila setiap kali rasa rindu itu hadir dalam diri kita, DOAkanlah insan yang kita ingat itu mampu hidup bahagia walaupun tanpa kehadiran kita. Logiknya, bila kita mengharapkan perkara baik-baik berlaku pada orang berkenaan. Bererti kita betul-betul sudah mampu percaya segala yang berlaku adalah ketentuan Allah yang tidak pernah dengan tujuan menganiaya. Tak pernah. Melainkan segala yang di atur adalah aturan terbaik untuk semua pihak.

Sapik pernah terbaca jugak dalam sebuah buku, menurut Syeikh al-Qadhi Muhammad Ahmad Kan’an, "seorang perindu yang benar-benar menjaga dan menyembunyikan perasaan tersebut daripada pengetahuan orang lain akan mendapat pahala dan ganjaran di atas mujahadah yang dilakukannya."  



So, secara konklusinya, *cehh.. bukanlah semua rindu itu sesuatu yang tidak baik dan menjijikkan. Kerana rindu yang dihiasi dengan iman dan taqwa akan melahirkan sesuatu kesan yang terbaik bagi si perindu. Yang penting, perasaan rindu yang lahir pada diri kita tu perlulah diluahkan dengan cara yang betul mengikut lunas2 Islam. Jangan disalah gunakan perasaan tu, kerna ia adalah anugerah Allah pada setiap insan. :)


Wassalam.. 

Thursday 14 November 2013

Bersyukurkah Kita?

Assalamualaikum..


Hai korang.. Alhamdulillah, panjatkan syukur pada Allah S.W.T yang telah bagi kita peluang utk terus merasai nikmat yg ada dimuka buminya ni.. sedar tak sedar, kita dah masuk tahun baru 1435 Hijrah.. Firstly, rasenye tak terlambat lagi Sapik nak ucap Salam Maal Hijrah 1435 kat semua.

Tahun berganti tahun, bulan berganti bulan, hari berganti hari, dan seterusnye, sedarkah kita yang banyak nikmat yg telah kita guna selama mana usia kita sampai ke hari ni?? Dengan sebanyak nikmat tu, berapa banyak kali pulak kita bersyukur padaNya? Allahu. Memang jauh beza kalau nak dibandingkan nikmat yg kita terima dengan total syukur yg kita luahkan padaNya. "Eh, ape yg Sapik merepek ni"?  Bukan, maksud Sapik kat sini, adakah selama ini kita sentiasa bersyukur dengan nikmat yg Dia telah bagi kat kita? Ermm, susah kan nak cakap? Tepuk dada, tanya iman...huhu


Bersyukurkah Kita?????

Tak dapat dinafikan, memang ramai yang menginginkan nikmat hidup kat dunia ni, tapi pada masa yg sama, tak ramai yg ingin bersyukur atas nikmat yg diberi pada mereka. Benarlah firman Allah:

“Sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur.” (Surah As-Saba’: 13)



Memang hakikatnya, ramai hamba Allah yang akan mula rasa sedar bila nikmat mereka ditarik, atau bila waktu mereka ditimpa ujian. Time tu lah biasanya baru mereka sedar & rasa, "Allah, mungkin aku tak bersyukur atas nikmat yg Allah dah bagi selama ni". 

Kadang2, diri sendiri pun sering lupa untuk menzahirkan rasa syukur tatkala diri 'lena' dengan nikmat yang ada. Walhal semua nikmat tu datangnya dari Dia. Bila hilang nikmat tu, baru lah sendiri rasa. Huhu..

Kalau nak ikutkan, banyak cara kita boleh zahirkan rasa syukur kita. Sama ada melalui perkataan, atau perbuatan. Biasa yang kita dengar, orang akan sebut 'Alhamdulillah' bila dapat sesuatu rezeki atau bila dapat berita gembira. Tapi cukup ke sekadar ucapan kat mulut? Ucap Alhamdulillah bagus lah, tapi pada masa yg sama, malas nak tundukkan diri kepadaNya. Nak solat malas, bersyukur ke tu namanya??? Allahu :'(





“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat-Ku kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Surah Ibrahim : 7)

  
 Actually diri Sapik sendiri pun kadang2 'terlena' dengan nikmat yang ada sehingga kadang2 terleka yang nikmat tu datangnya dari Dia..Ermm. Belajar bersyukur memang nampak kecil, tapi impaknya amatlah besar. Berhenti mengeluh, belajar bersyukur dengan segala yg kita miliki, In Shaa Allah, lebih besar ganjaran yg akan Allah bagi. 

Wassalam...




Monday 11 November 2013

Assalamualaikum..

Assalamualaikum.... hai kamu semua. Actually saya newbie dalam dunia blog nie.. Almaklumlah, nampak org ber'blog' kita pun nak ikut sama. haha. Sebelum nie pun saya just minat baca blog orang lain je, lagi blog2 yang berunsur nasihat gitu..hehe

Eh, banyak pulak celoteh dah.. hahaha.. Actually entah ape entri yg saya nak tulis pon xtau. So, biarlah saya cerita sikit pasal diri saya eh? Hehehe.. 

Dilahirkan pada tahun '90, anak ke 9 daripada 11 orang adik beradik.. Wow,!! Jangan buat2 terkejut la kan.. sikit je tu, ade lagi yang lebih ramai..hehe. 
 Sebenarnye best punya 'big family' nie.. Yela, bile dapat kumpul sama time kat kampung, lagi2 time raya. riuh rendah dengan kerenah anak2 buah, memang seronok la.. Yela, rezeki Allah bagi kan... 

Memang hakikatnya ramai yang nak ade keluarga besar cmni tapi  kena ingat,  walau besar manapun keluarga & sayang cmne sekalipun kita kat keluarga kita, jangan sesekali kita melampaui sayang & cinta kepada keluarga kita tu melebihi cinta & sayang kita kepada Allah & Rasulnya. Seperti firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 24:

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri- isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah- rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehinggga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya) kerana Allah tidak akan memberi pertunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). (Surah at-Taubah : 24)



Pic ntah tahun bila punye pon x ingat dah.. Time ni arwah abah ade lagi. Rindu sangat masa ni.










Sebahagian daripada anak buah.. comel2 kan sume.. ^.^



 Dah, cukup lah kot cerita saya untuk yang first nie..hehe. banyak sangat cerita kang bosan pulak.. Ok, papepun, tunggu next cerita dari saya eh :)

Wassalam..