Insan Normal

Insan Normal

Wednesday 12 February 2014

Fitnah siber..

 Assalamualaikum w.b.t


Semakin hari semakin teruk... Tu lah gambaran sebenar tentang gejala fitnah pada umat Islam zaman siber sekarang ni.. Tak kira lah dari isu pasal politik sampai ke isu sukan, tak sah takde komen yang mencaci maki. Seriously, kadang2 macam nak nangis bila baca update2 atau komen2 yang terdapat kat mana2 laman sosial sekarang ni. Penuh dengan cacian, makian dan yang paling teruk FITNAH. Wahai saudara2 ku sekalian, tahukah kalian ape tu fitnah? Bahaya fitnah? Kesan fitnah? Dan dosa bila kita memfitnah? 

Takkan la kita sebagai umat Islam xtau dosa bila kita memfitnah seseorang tu? hukum fitnah. Ngaji la sikit bab2 cmnie. Jangan kerna terlampau taksub sangat dengan sesuatu, sampai perkara & nilai2 Islam cmnie diketepikan.Memang tak dapat dinafikan, fitnah pada masa ni lebih mudah tersebar.. Lagi2 dengan adanya laman2 sosial sekarang ni. Macam2 berita or cerita yang takde sumber yang sahih, yang entah tak tau datang dari mana, tetiba tersebar kat laman sosial. 

Pelik la kan.. orang sekarang ni lebih suka sebar benda & berita yang diorang sendiri pon tak tau kesahihannya.. Entah betol ke tak berita tu, asal berita tu datang daripada pihak yang dia sokong, terus mengiyakan tanpa usul periksa.

Allah pun ada berfirman; "Wahai orang beriman, jika datang seorang fasik kepada kamu membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpa musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaanya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu."
(Surah al- Hujurat : 6)






So, sebagai umat Islam, kalo boleh kita elakkan la daripada menjadi 'penyebab' kepada perpecahan Islam itu sendiri. Sekadar mengingatkan kepada saudara sesama muslim, jangan mudah sebar berita yang tak sahih & yang kita tak tahu asal usulnya.

Ibnu Abbas menceritakan pada suatu hari Rasulullah melintasi 2 kubur. Lantas Baginda bersabda: 
"Kedua- dua ini sedang diseksa; salah seorangnya kerana tidak bersuci daripada kencingnya, dan seorang lagi sering menyebarkan FITNAH." -Riwayat al- Bukhri & Muslim.


Wassalam

Sunday 9 February 2014

Islam itu mudah, Islam itu indah.

Assalamualaikum w.b.t



Hye, lama dah rasenye biarkan blog nie bersawang.. 

Fuhhh!!

 Fuhhh!! 

Fuhhh!! 

Tiup sikit kasik bersih.. Hehehe.. Maaf la eh coz Sapik lama dah tak update... Takde idea kot nak tulis ape.. Tapi hari ni Sapik nak share sikit lah pasal cerita ni.. maaf lah kalau ade yang pernah baca.. sebab Sapik pon salin cerita ni dari orang.. Walaupun salin, tapi mintak kebenaran tau.. hehe.. Mudah2 an kisah ni boleh jadi pedoman buat kita.. Aamiin.. 


Seorg gadis yg terlalu cantik hendak bernikah tp dia xnak couple-couple nih, tambahan lak dia mahukan sorg suami yg ultra warak. so dia pun buat hebahan yg dia sudi menerima sesiapa je yg ingin menikahinya dgn syarat:
1) lelaki tu kena puasa sepanjang tahun
2) lelaki itu kena khatam al Quran setiap hari
3) lelaki itu kena beribadah sepanjang malam setiap hari
 
Takda sorang pun laki sanggup nak terima ketiga2 syarat tu kecuali seorang jejaka yang sederhana perwatakan dan penampilannya. Akhirnya bernikahlah si jelita itu dgn lelaki tersebut.
Sepanjang perkahwinan depa, pempuan tu perati jejaka tu.
"Eh...x puasa pulak laki aku hari ni. Camne nak puasa setahun?"
"Hmm..aku x nampak pun dia baca Quran hari ni..."
"X nampak pun laki aku bangun malam pagi ni. Dia x solat malam ke?"
 
Selepas sebulan akhirnya pempuan tu x tahan dah. Dia bajet jejaka tu menipu dia. Dia pun memohon cerai kat mahkamah sambil menyatakan alasan "ditipu oleh suaminya"
"Masa nak nikah dulu dia poyo je setuju syarat yg saya letak. Dah kawin langsung x tunaikan. Penipu!" Rungut si pempuan pada hakim.
Hakim pun tanya kpd jejaka tu, "kamu ingat apa syarat2 nikah yg isteri kamu letakkan?"
"Ingat, yang arif. Puasa sepanjang tahun, solat malam non stop setiap hari, khatam Quran setiap hari.." Jawab jejaka muda dengan nada lembut.
Hakim bertanya lagi. "Habis tu kamu buat x?"
pemuda tu selamba jawab, "buat."
Hakim menjerkah, "Isteri kamu kata kamu x buat. Mcm mana ni?"
Pemuda itu xnak mengalah. "Sungguh sy buat yang arif. Takkan la saya nak tulis report card kot bgtau saya buat apa hari ni? Kang riak la pulak."
Hakim x puas hati, "baik. Hari ni kamu puasa x?"
"Tak."
Hakim terus potong ayat, "hah! Kamu x puasa hari ni, habis mcm mana kamu kata kamu puasa sepanjang tahun?"
Pemuda itu selamba menjawab, " Rasulullah telah bersabda sekiranya seorg itu menunaikan puasa ramadhan sebulan dan kemudiannya menyambung dgn puasa sunat syawal 6 hari, maka seolah2 dia telah berpuasa sepanjang tahun. Saya puasa ramadhan dan puasa 6 setiap tahun, jd saya seolah2 berpuasa sepanjang tahun."
Hakim tu tersentak. "Habis tu mcm mana kamu khatam al Quran setiap hari? Saya nak baca 3 mukasurat sehari pun susah nak cari masa.
Pemuda itu terus menjawab, "saya baca Surah al ikhlas 3 kali setiap kali saya ingin tidur. Rasulullah bersabda sesiapa yg membaca surah al ikhlas 3 kali maka seolah2nya dia telah membaca keseluruhan al Quran." sambil buat senyuman lebar kpd hakim.
Hakim itu makin tergamam. "Solat malam pulak, bagaimana kamu buat?"
Pemuda itu sekali lagi senyum. "Saya solat isyak dan solat subuh berjemaah. Rasulullah bersabda, barangsiapa yg berjemaah pada waktu isyak dan subuh maka seolah2nya dia telah beribadah sepanjang malam"
dia terus menyambung, "Islam itu indah, yang arif. Tetapi kita selalu mengukur kewarakan dan kealiman seseorg itu berdasarkan banyaknya amalan seseorg itu yg dizahirkan sedangkan Allah mementingkan kualiti berbanding kuantiti. Kita cuma diberikan Allah 24 jam sehari semalam, maka pandai2lah kita bahagikan masa selaku manusia yg menghidupkan dunia serta mencari akhirat. Bukankah mencapai kejayaan di dunia juga merupakan ibadah, dan apa gunanya jika melakukan ibadah tanpa istiqamah, semua itu hanya sia-sia.
Hakim terangguk2 lalu memerintahkan si isteri bangun. "Awk sepatutnya beruntung. Awk telah dinikahi oleh seorg lelaki yg bukan sahaja amat warak tetapi amat berilmu. Dengan ini saya isytiharkan kes ini dibatalkan..."
Si suami tersenyum puas..:)



Wassalam..