Insan Normal

Insan Normal

Wednesday 25 December 2013

Cukup Ke Sekadar Qada'?


 Assalamualaikum w.b.t.


Ada seorang hamba Allah tanya kepada Sapik, banyak balasan/azab yang bakal menimpa kepada mereka yang tinggalkan solat. Tapi kalau solat tu kita dah qada', azab tu tetap kena pada kita ke?
Kebetulan pulak time nak tulis ni, Sapik ada terbaca blog Iche' Asyraf  tentang qada' dan hukum tinggal solat. Kalau nak tau hukuman meninggalkan solat menurut fuqaha' dan mazhab dalam Islam, klik link ni http://asyrafkhalib.blogspot.com/2013/12/jom-ganti-solat.html

 Dalam bab adakah kita tetap akan diazab kelak kerana sengaja tinggal solat, jawabnya 'YA' jika kita tak bertaubat. Dan jawaban 'YA' juga jika kita terus tinggal solat walhal kita tau yg solat tu wajib utk kita kerjakan. Ini kerana yg wajib itu kekal wajib, wajib dalam waktunya apabila tidak ditunaikan pada waktunya, wajib itu tidak akan berubah tuntutannya & ia akan tetap kekal wajib.

Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Aku. Maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku”. ( Surah Thaha: 14)


Malahan org yg tertinggal solat dgn alasan tertidur, terlupa wajib bersegera mengqadanya. selagi mana kita tak qada' selagi itulah hutang solatnya tertanggung keatas diri kita.

As a Muslim, wajib utk kita kerjakan solat fardhu 5 kali sehari semalam. So, kalau kita sengaja tinggalkan tanpa ada sebarang uzur syarie, wajib jugak utk kita qada' semula mana solat yg dah kita tinggal. 

Tetapi dosa itu tidaklah pula terhapus dengan qada' semata-mata, mesti disertakan dgn taubat kepada Allah. Wajib untuk kita taubat kepada Allah dengan taubat yang bersungguh-sungguh. Taubat dengan sebenar-benar taubat yang kita tidak akan mengulangi dosa-dosa tersebut. Dan semestinya kita perlu yakin kepada Allah yang Dia Maha Pengampun lagi Maha Pengasih..


Katakanlah (wahai Muhammad) : "Wahai hamba- hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa2 semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah Az-Zumar : 53)



 Allah juga ada berfirman:  

"Tuhanmu telah menetapkan atas diriNya kasih sayang, (iaitu) bahawasanya barangsiapa yang berbuat kejahatan di antara kamu lantaran kejahilan, kemudian ia bertaubat setelah mengerjakannya, dan mengadakan perbaikan, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah al-An'aam: 54)


Mungkin waktu dulu kita jahil. Jahil dengan hukum Allah. Tinggal solat, pandang 'enteng' dengan segala suruhanNya. Tapi sampai bila? Sekarang lah masa untuk kita tebus dosa-dosa itu kembali.  

Ingat, Islam itu indah . Solat itu mudah. 



Wassalam..

Saturday 21 December 2013

Dengan Seminit : Apa kita boleh buat?


Assalamualaikum w.b.t
Apa yang kita boleh buat dengan seminit? Yup, kalau diikutkan tak banyak yang kita boleh buat dengan seminit.  Dalam entri kali ni Sapik nak berkongsi sikit tulisan daripada majalah Solusi yang sempat Sapik baca. Harap kita sesama lah praktikkan dengan seminit masa terluang kita dengan perkara2 berikut..

Dalam SEMINIT  kita sempat:
  • BERZIKIR (SUBHANALLAH WA BIHAMDI) sebanyak 100 kali.
"Sesiapa yang membaca (lafaz diatas) sebanyak 100 kali pada setiap hari, berguguranlah dosa-dosanya meskipun sebanyak buih dilautan." (Riwayat Bukhari & Muslim)



  •  Atau BERZIKIR ( SUBHANALLAH WA BIHAMDI SUBHANALLAH AL AZIM) sebanyak 50 kali.
"Inilah dua ungkapan yang ringan pada lisan, berat pada timbangan dan disukai Allah." (Riwayat Bukhari & Muslim)
 

  • Atau BERZIKIR ( LAA HAWLA WALAA QUWWATA ILLA BILLAH) sebanyak 40 kali.
Inilah antara ucapan yang tersimpan dalam khazanah syurga. (Riwayat Bukhari) 



  • Atau BERSELAWAT sebanyak 30 kali.
Kalau sekali berselawat , Allah akan berselawat untuk kita dengan 10 kali. Maka 30 kali, jadi kita akan peroleh 300 kali selawat dari Allah. In Shaa Allah.



  • Atau membaca SURAH al- IKHLAS sebanyak 15 kali.
Kalau baca sekali seumpama 1/3 al-Quran, maka dalam seminit, 5 kali kita mengkhatamkan al-Quran.
 
  •  Atau membaca 5 kali SURAH al-FATIHAH
Inilah surah yang teragung dalam al-Quran. "Hendakkah aku ajarkan kamu satu surah yang merupakan surah teragung dalam al-Quran? Iaitu Alhamdulillahi rab al-alamin. Ini tujuh ayat berulang ulang beserta al_quran agung yang kau terima." (Riwayat Bukhari)

  • Atau MEMBERI SALAM dan berjabat tangan dengan 5 orang.

  • Atau MEMBACA 2 HELAI halaman daripada majalah bermanfaat.

  • Atau MEMBACA SEHELAI  halaman al-Quran.

  • Atau mendapat redha dan RESTU IBU BAPA dengan menelefon dan bertanya khabar mereka dikampung.

  • Atau mengangkat tangan BERDOA memohon hajat kepada Allah S.W.T.


Ya, kalau diikutkan memang "tidak banyak" yang boleh kita lakukan dalam masa seminit. Dan ingatlah, dalam masa seminit itu juga lah, macam2 ganjaran besar yang Allah boleh bagi pada hamba-hamba Nya yang Dia kehendaki. Wallahualam.. 



Wassalam.. 
 

 

Saturday 7 December 2013

Mungkin Ia Kafarah Dosa Untukku :')

Assalamualaikum w.b.t

“Tidaklah ada suatu musibah yang menimpa seorang muslim melainkan Allah akan menghapuskan dosa dengannya walaupun duri yang menusuk badannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Jika sekarang diriku selalu mengeluh, mengapa begini, sampai bila harus aku lalui dugaan ni? kenapa aku?? Maka sekarang, wajib untukku buang segala keluhan tu. Aku perlu tau, ingat sesaja je Allah bagi ujian tu kat aku? 

Kadang2, ujian demi ujian membuatku lebih mengerti, kasih sayang Allah selalu bersama dalam mujahadah diri.. Kadang2 aku juga bertanya pada diri sendiri, mengapa sukarnya hatiku ini untuk terus istiqamah. Sedangkan jawapannya ada dalam diriku sendiri.

Ya Allah.. sungguh aku bersyukur kerna diriku adalah pilihanMu. Ya Allah, tika Kau memilih diriku untuk mengharungi jalan yang penuh liku ini, jangan pernah Engkau pesongkan hati ini lagi.. Sungguh diriku lemah.. imanku rapuh.. Kau berilah kekuatan untukku menghadapinya. Moga hati ini sentiasa dalam dakapan Mu. Aamiin ya Allah.

"Allah tidak memberati (menguji) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.." 
(Surah al-Baqarah : 286)


Seringkali ku cuba untuk muhasabah. Ternyata dengan muhasabah dapat mengembalikan sedikit ketenangan kepada diriku. Barangkali juga semua ujian yang diberi adalah atas kafarah dosa yang aku sendiri telah lakukan..



"Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini selama-lamanya, jika betul kamu orang-orang yang beriman." (Surah an-Nuur : 17)
 
 Astagfirullah al azim..Astagfirullah al azim..Astagfirullah al azim.. Moga dengan kalimah ini juga sedikit sebanyak dapat menghilangkan kekotoran pada hatiku ini..
 Benar jika air mata ini mengalir kerna mengenangkan dosa lalu, sungguh ada satu kedamaian padanya.
“Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” (Surah al-Insyirah : 6)
 
Bukankah itu satu berita gembira bagi orang yang berduka bagi manusia yang ditimpa ujian.. Janji Allah, selepas kesukaran pasti disediakan kemudahan di pengakhirannya..

Sesungguhnya aku menanti saat gembira selepas ujian ini Ya Allah.. Percepatkanlah waktu kegembiraan itu Ya Allah.. Aamiin Ya Rabb.. :')

Wassalam..