Insan Normal

Insan Normal

Monday 11 November 2013

Assalamualaikum..

Assalamualaikum.... hai kamu semua. Actually saya newbie dalam dunia blog nie.. Almaklumlah, nampak org ber'blog' kita pun nak ikut sama. haha. Sebelum nie pun saya just minat baca blog orang lain je, lagi blog2 yang berunsur nasihat gitu..hehe

Eh, banyak pulak celoteh dah.. hahaha.. Actually entah ape entri yg saya nak tulis pon xtau. So, biarlah saya cerita sikit pasal diri saya eh? Hehehe.. 

Dilahirkan pada tahun '90, anak ke 9 daripada 11 orang adik beradik.. Wow,!! Jangan buat2 terkejut la kan.. sikit je tu, ade lagi yang lebih ramai..hehe. 
 Sebenarnye best punya 'big family' nie.. Yela, bile dapat kumpul sama time kat kampung, lagi2 time raya. riuh rendah dengan kerenah anak2 buah, memang seronok la.. Yela, rezeki Allah bagi kan... 

Memang hakikatnya ramai yang nak ade keluarga besar cmni tapi  kena ingat,  walau besar manapun keluarga & sayang cmne sekalipun kita kat keluarga kita, jangan sesekali kita melampaui sayang & cinta kepada keluarga kita tu melebihi cinta & sayang kita kepada Allah & Rasulnya. Seperti firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 24:

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri- isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah- rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehinggga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya) kerana Allah tidak akan memberi pertunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). (Surah at-Taubah : 24)



Pic ntah tahun bila punye pon x ingat dah.. Time ni arwah abah ade lagi. Rindu sangat masa ni.










Sebahagian daripada anak buah.. comel2 kan sume.. ^.^



 Dah, cukup lah kot cerita saya untuk yang first nie..hehe. banyak sangat cerita kang bosan pulak.. Ok, papepun, tunggu next cerita dari saya eh :)

Wassalam..

No comments:

Post a Comment