Insan Normal

Insan Normal

Tuesday, 26 November 2013

Penyesalan atau Pengajaran? :')

Assalamualaikum w.b.t


Hye, jumpe lagi.. Harap pembaca entri ni diberi kesihatan yang baik dengan izinNya.. In Shaa Allah. Actually Sapik tak tau nak tulis ape kali nie. 

Ermm... 

"Seriously, I'm feeling very bad today... Rasa jahat sangat diri nie. Sedih, bersalah, & bermacam- macam perasaan yg bercampur baur ketika ni."

Pernah tak korang rase perasaan yg cmnie? Mesti pernah kan? Sebab? 1001 sebab yang boleh buat timbul perasaan yang cmtu pada diri kita. Antaranya, bila kita wat something kesalahan or benda yang kita rasa ley datangkan kesan buruk kat kita. Biasanya jugak, kita takkan perasan atas kelakuan/pebuatan yang kita buat tu boleh/akan mengakibatkan/ memberi natijah yang buruk pada diri kita kelak. Kadang2 dah buat, baru kita sedar yang perbuatan tu akan memberi efek buat kita. Untung la if sedar. Kalau tak sedar, sampai bile pon akan tetap ulang benda yang sama.. Allahu :'(

Dalam hidup kita nie, mungkin kata2 penyesalan sudah lagi tidak asing lagi dengan telinga kita. Sama ada baik penyesalan dalam urusan cinta, keluarga, diri, kelakuan atau sebagainya.. Sebab apa Sapik kata tidak asing? Sebab biasanya manusia ni sentiasa melakukan kesilapan. Selalu melakukan kesalahan yang sama.. Sampai suatu masa, bile dah rasa akibat atas perbuatannya tu, baru dia betul2 menyesal..

Perlu diingat, syaitan jugak x pernah berhenti untuk hasut kita untuk ulang & buat kesalahan yang sama. Sampai masa, syaitan tu yang gelak guling2 bila tengok kita terpedaya dengan hasutannya. 

Sabda Nabi S.A.W: 
"Sesungguhnya syaitan hadir disisi seorang kalian pada sesuatu yang kalian lakukan." - (HR Muslim)


Biasanya, itulah tanda Allah nak uji hambaNya. Adakah dia sedar apa yang dia buat itu salah? Memang setiap manusia tak lari dari kesilapan. Tapi, itu bukanlah tiket untuk kita terus menerus buat dengan silap yang sama...
 - 

So, haruslah diingat bahwa penyesalan adalah awal menuju hidup baru yang lebih baik. Teringat dengan kata2 hikmah dari seseorang, “Tanpa kesalahan yang tidak di sengaja, proses kedewasaan diri tidak akan sempurna, kerana penyesalan adalah guru yang sangat berharga buat kita”.



Kadang2 orang ni takkan sedar selagi  'bad effect' tu tak kena pada diri mereka.. 
Apepun, biarlah ia menjadi suatu pengajaran yang berharga bagi tiap seseorang.


Wassalam..

 



Saturday, 16 November 2013

Rindu??

Assalamualaikum w.b.t


Rindu?? Ape itu rindu?? "Macam takde tajuk lain je nak ditulis Sapik nie kan"..haha
Eh, biar lah Sapik nak tulis ape pun, blog Sapik kan..hehe. Actually Sapik  nak cerita sikit berkenaan dengan perasaan rindu nie.. 

Rindu??

OK, rindu menurut para ulama ialah sesuatu perkara yang berlaku kerana terlalu mencintai seseorang. Maka kadang2 rindu dibaluti dengan sikap berhati-hati. Kadang2 ada juga yang terlalu berlebih-lebihan dalam menterjemahkan kalimah rindu sehingga melangkaui batas yang ditetapkan oleh syarak. 

Rindu seperti apa yg kita ketahui, ialah perkara yang berlaku selepas hadirnya cinta. Maksudnya, bila cinta mekar maka rindu akan hadir secara tidak langsung. Rindu juga adalah merupakan suatu perasaan yang lahir dari hati yang mana kita tak ade kuasa untuk menghalangnya.




Cara yang terbaik bila setiap kali rasa rindu itu hadir dalam diri kita, DOAkanlah insan yang kita ingat itu mampu hidup bahagia walaupun tanpa kehadiran kita. Logiknya, bila kita mengharapkan perkara baik-baik berlaku pada orang berkenaan. Bererti kita betul-betul sudah mampu percaya segala yang berlaku adalah ketentuan Allah yang tidak pernah dengan tujuan menganiaya. Tak pernah. Melainkan segala yang di atur adalah aturan terbaik untuk semua pihak.

Sapik pernah terbaca jugak dalam sebuah buku, menurut Syeikh al-Qadhi Muhammad Ahmad Kan’an, "seorang perindu yang benar-benar menjaga dan menyembunyikan perasaan tersebut daripada pengetahuan orang lain akan mendapat pahala dan ganjaran di atas mujahadah yang dilakukannya."  



So, secara konklusinya, *cehh.. bukanlah semua rindu itu sesuatu yang tidak baik dan menjijikkan. Kerana rindu yang dihiasi dengan iman dan taqwa akan melahirkan sesuatu kesan yang terbaik bagi si perindu. Yang penting, perasaan rindu yang lahir pada diri kita tu perlulah diluahkan dengan cara yang betul mengikut lunas2 Islam. Jangan disalah gunakan perasaan tu, kerna ia adalah anugerah Allah pada setiap insan. :)


Wassalam..