Insan Normal

Insan Normal

Wednesday 12 February 2014

Fitnah siber..

 Assalamualaikum w.b.t


Semakin hari semakin teruk... Tu lah gambaran sebenar tentang gejala fitnah pada umat Islam zaman siber sekarang ni.. Tak kira lah dari isu pasal politik sampai ke isu sukan, tak sah takde komen yang mencaci maki. Seriously, kadang2 macam nak nangis bila baca update2 atau komen2 yang terdapat kat mana2 laman sosial sekarang ni. Penuh dengan cacian, makian dan yang paling teruk FITNAH. Wahai saudara2 ku sekalian, tahukah kalian ape tu fitnah? Bahaya fitnah? Kesan fitnah? Dan dosa bila kita memfitnah? 

Takkan la kita sebagai umat Islam xtau dosa bila kita memfitnah seseorang tu? hukum fitnah. Ngaji la sikit bab2 cmnie. Jangan kerna terlampau taksub sangat dengan sesuatu, sampai perkara & nilai2 Islam cmnie diketepikan.Memang tak dapat dinafikan, fitnah pada masa ni lebih mudah tersebar.. Lagi2 dengan adanya laman2 sosial sekarang ni. Macam2 berita or cerita yang takde sumber yang sahih, yang entah tak tau datang dari mana, tetiba tersebar kat laman sosial. 

Pelik la kan.. orang sekarang ni lebih suka sebar benda & berita yang diorang sendiri pon tak tau kesahihannya.. Entah betol ke tak berita tu, asal berita tu datang daripada pihak yang dia sokong, terus mengiyakan tanpa usul periksa.

Allah pun ada berfirman; "Wahai orang beriman, jika datang seorang fasik kepada kamu membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpa musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaanya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu."
(Surah al- Hujurat : 6)






So, sebagai umat Islam, kalo boleh kita elakkan la daripada menjadi 'penyebab' kepada perpecahan Islam itu sendiri. Sekadar mengingatkan kepada saudara sesama muslim, jangan mudah sebar berita yang tak sahih & yang kita tak tahu asal usulnya.

Ibnu Abbas menceritakan pada suatu hari Rasulullah melintasi 2 kubur. Lantas Baginda bersabda: 
"Kedua- dua ini sedang diseksa; salah seorangnya kerana tidak bersuci daripada kencingnya, dan seorang lagi sering menyebarkan FITNAH." -Riwayat al- Bukhri & Muslim.


Wassalam

No comments:

Post a Comment